dari kuala ketil ke kuala lumpur...

Pondok Kayu

My Journal.

Pondok Kayu

My Journal.

Pondok Kayu

My Journal.

Pondok Kayu

My Journal.

Pondok Kayu

My Journal.

Saturday, November 21, 2015

Mee Udang Bukit Antarabangsa

Dah lama tak menulis tentang makanan nih..lama sangat pun juga sebab tak update blog. Dok pusing pi mai pi mai nak cari makan sampai tak tau dah nak makan apa. 

Jadi hari selasa minggu lepaih 17 November 2015 dok teringat hat kawan dok habaq kata dia selalu makan mee udang kat Bukit Antarabangsa. Last sekali dok pekena mee udang nih kat Mak Jah Wangsa Maju tuh..dok try kut-kut qhasa dia sedap macam hat kat Kuala Sepetang..hurmm boleh la makan, biasa ja kut qhasa dia.

Tapi kalau hat Kuala Sepetang tuh qhasa dia lain macam sedap sikit..maybe environment dia kut yang best..makan sambil lap peluh berjeqau kat dahi dek pedaih..pastu tangan dok tampaq nyamuk weng-weng..haha tu kut yang sedap..dok makan dalam ekon kedai kat Wangsa Maju tu teruih qhasa cam biasa-biasa jer.

ehh tak abis lagi nih ceqhita pasal mee udang Kuala Sepetang nih..aku dengan wife jumpa kedai tu selepaih 4-5 kali pusing pi cari..asal balik kampung kat kuala ketil tu..singgah cari..tak jumpa-jumpa..melilau sana sini..telepon orang sana sini bagai suruh guide..sampai kesuttt tak jumpa..laih-laih qedah sampai jalan mana ntah baru jumpa..rupa-rupanya kedai tu masuk dalam lagi..hat kami dok kelewaq kat luaq sana memang jenuh la tak jumpa..lepaih tu mulut pulak beqhat tak mau dok tanya kat oqhang..hamik la ubat...

kisah nih buat aku jadi insaf sikit..laa ni mengkalu nak pi mana-mana aku pastikan cukup info..kalau sesat, cepat-cepat beqenti qheta tepi jalan..bagi salam dan tanya kat oqhang..tapi laa ni lagi mudah, tanya ja kat pokcik 'waze', dia bole bawak pi cequk kampung.

Mee Udang Bukit Antarabangsa..lokasi dia senang sangat..belakang Petronas Bukit Antarabangsa jer..ada satu jer pon stesen minyak kat sini jadi kalau sesat tu memang teqhok sungguh-sungguh laaa...


Kedai dia..Mee Udang
tuu kedai dia, kat koner, depan klinik Idzam...waktu mai makan nih, hujan dok turun tap-tap tak la lebat, pa lagi..peqhut dok zap-zap mintak makan la..

Mee Kari Udang Harimau
Kat sini ada 3 kategori udang, jadi hangpa kena buat pilihan,..nak yang biasa-biasa jer tu order la mee udang biasa sebab reqa dia pun biasa-biasa saja..kalau hujung bulan dah dapat gaji bole order Mee Udang Harimau, reqa dia macam qimau gak la kan..then kalau boss hangpa bagi bonus, hangpa bole la try Mee Udang Galah...reqa dia for sure meng'galah'..hehe


tingai kulit nooo
Qhasa mee udang sini tak sama macam mee udang hat lain, yang ni lebih ke qhasa mee bandung sebab bole qhasa kuah dia campoq dengan udang kering..kalau mee udang hat lain qhasa kuah campoq dengan sos.

Mee kari dia pekat ooo..tak tau kuah dia nih buat bila..hahaha..depa tak leh cong sebab cheq nih kira master gak bab kari..qhasa not bad.

Ada lagi menu lain kat sini, mee ketam, sup tulang, nasi ayam & masakan panas yang lain. Hari lain boleh cuba yang hat menu lain pulak..hat kali ni cheq makan mee udang, mee kari udang & meehoon goreng.

Kopi dia..ermmm dia pakai kopi apa ntah tapi qhasa sedap!..nak lepak lama-lama, boleh la order kopi...so kopi ni bole kasi 5*

Berapa bintang nak bagi untuk mee udang nih?..cheq bagi 4* daripada 5*

Bila dah kenyang, nak pi bayaq apa yang makan kat ataih tu hangpa jangan la dok komplen mahai ka apa..pi makan, enjoy makanan tu, lepaih tu baca doa lepaih makan, bayaq dan balik dok diam-diam kat rumah. Semua tu rezeki..rezeki isteri dan anak-anak makan kat situ..dan rezeki depa yang bukak kedai tu...

Assalam






Thursday, November 19, 2015

Sepuluh Perkara Bakti Anak Kepada Kedua Ibu Bapanya.

Sepuluh Perkara Bakti Anak Kepada Kedua Ibu bapanya.




Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.


Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.


Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.


1. Memberi nafkah.
Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.


Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.


2. Menyediakan tempat tinggal.  
Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.


Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.


3. Memberi kasih sayang.  
Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.


Firman Allah s.w.t.  bermaksud: 
"Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil." (Surah al-Isra  ayat 24).




4. Memberi perhatian. 
Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.


Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.


Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.


5. Memenuhi permintaan. 
Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa. Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain.


Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.


Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, 
Ibnu Umar berkata: "Saya telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. : "Apakah perbuatan disukai oleh Allah?"

 Lalu baginda bersabda maksudnya : : "Sembahyang pada waktunya."
"Kemudian apa?"tanya saya lagi.

Baginda s.a.w.  menjawab : "Berbakti kepada kedua ibu bapa."

Saya bertanya : "Apa lagi ?"

 Jawab baginda : "Berjihad pada jalan Allah."


6. Melakukan apa yang disukai.
 

Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.


Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.


Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa."(Hadis riwayat Tirmizi).


Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: "Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati."


7. Bercakap dengan lemah lembut.  
Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.


Firman Allah s.a.w. bermaksud: "Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut."(Surah al-Israk, ayat 23).


Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.


8. Menghadiahkan kejayaan.  
Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.


Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.


9. Meluangkan masa bersama-sama. 
Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.


10. Mendo'akan kebaikan untuk ibu bapa. 
Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendo'akan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.


Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendo'akan kebaikan kepada kedua ibu bapanya." (Hadis riwayat Muslim).



Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.


Abu Laith Samarqandi meriwayatkan bahawa datang seorang pemuda berkata kepada Rasulullah s.a.w, "Ya Rasulullah, ibu saya sakit di tempat saya, maka sayalah yang memberi makan dan minum. Tangan sayalah yang mewudhukkan mereka, mengangkat di atas bahu saya. Apakah dengan itu terbalas jasa-jasa mereka?"


Jawab Nabi s.a.w yang bermaksud, "Belum satupun dari jasa-jasa mereka! Cuma kau telah berbuat baik, dan Allah akan memberi pahala yang besar terhadap amal kau yang sedikit itu."


Rasulullah s.a.w. pernah mencela bagi mereka yang memiliki ibu bapa yang telah lanjut usia mereka namun masih tidak mampu untuk memasuki Syurga.


Baginda pernah bersabda maksudnya : “Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!” Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab: “Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki Syurga.” (Hadis riwayat Muslim)

 

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.


Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu rahsia kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu rahsia yang disimpan oleh orang tua kia

Notes by: Sebutir Kasih Sejuta Sayang




Friday, November 13, 2015

Jurgen Klopp confirmed as Liverpool manager (8th October 2015)

Jurgen Klopp confirmed as Liverpool manager

Former Borussia Dortmund boss has agreed a three year deal as Brendan Rodgers's successor at Anfield

Liverpool's new manager Jurgen Klopp
Livrpoo's new manager Jurgen Klopp Photo: GETTY IMAGES
Jurgen Klopp is officially Liverpool’s new manager.
Confirmation came from the club at 9pm on Thursday evening, with Klopp becoming the 20th manager in Liverpool’s history – and also the most handsomely rewarded in the process. 
Klopp signed a three year deal worth an estimated £7 million a season, a contract that has the option for an extension should the 48-year-old meet the club’s objectives of Champions League participation during his tenure.
The German’s arrival in the city sparked the kind of hysteria his predecessor Brendan Rodgers alluded to during his final weeks in charge – only this was all of a positive, vibrant and enthusiastic nature.
The Kop believes it has a kindred spirit in the dug-out, relating to Klopp’s work ethic, charisma and – most importantly – his reputation as a winner.
When Klopp walks into Anfield’s Centenary Stand’s ‘Red Lounge’ on Friday morning, a global media presence will underline how the appointment has caught the imagination of the football world. Klopp and Liverpool has the potential to be a most dynamic and invigorating partnership.
There was no statement from the man himself on his arrival, although a television reporter secured a snatched interview prior to his departure from Germany.
“From tomorrow I will be a Liverpool man 24/7,” he said through an intercom at his German home.
Every step of his journey from his house in Mainz to Merseyside, via Dortmund Airport, was tracked on social media - excitable supporters following the story digitally even monitored the flight path of the private jet carrying Klopp, his staff and family.
Klopp leaves John Lennon airport on Thursday
Club officials joyously declared Klopp’s arrival at Liverpool’s John Lennon shortly before 5pm. A Press Release announcing the media conference scheduled for 10am on Friday morning was dispatched.
“There will be a major club announcement,” it read, somewhat of an understatement.
Klopp then headed to the appropriately named Hope St Hotel in Liverpool city centre, opposite the grand Philharmonic Hall and within walking distance of both cathedrals.
In one of the same luxury suites where Rafa Benitez signed his Liverpool contract in 2004, Klopp put pen to paper.
Klopp was situated on the top floor in ‘The Sixth Boardroom’ where a panoramic view take in the sights of much of the city centre, across Liverpool and beyond.
It was possible to see the outline of Liverpool’s new Main Stand at Anfield from the suite, Klopp given a glimpse of a club whose renovation he will be trusted to complete on the pitch as the finishing touches continue off it..
At 9pm, the statement arrived from the club. The worst kept secret in football was confirmed.
The similarities between Benitez’s appointment and Klopp’s are striking.
Both left their home country having built their reputation slaying their nation’s financial superpowers with clubs of far less resources, utilising the qualities of players they improved rather than paid a fortune for. 
Like Benitez, Klopp won two domestic titles before deciding to fulfil the ambition of taking on a Premier League giant in need of revival. He left Borussia Dortmund on his own terms with an emotional goodbye, echoing Benitez’s farewell to Valencia eleven years ago.
There is no question Klopp is the most significant managerial arrival since Benitez as the club has appointed a coach coveted by all of Europe’s elite.
Liverpool chairman Tom Werner, a driving force behind Klopp’s recruitment, will oversee tomorrow’s Press Conference having headed from Boston to welcome Fenway Sports Group’s third managerial appointment since 2011.
Principle Owner John W. Henry and President Mike Gordon are not attending, but the ownership group will be hugely satisfied having finally got their man after admiring Klopp from afar for the last four years.
Only Klopp’s loyalty to Dortmund – and Liverpool’s patience with Rodgers last summer – prevented this partnership starting much sooner.
Despite suggestions Klopp was already in place prior to Rodgers’ dismissal after Sunday, the final details of his contract were only agreed on Wednesday ahead of his trip to Liverpool.
It was obvious he was eager to take on the challenge during his conversations with the Anfield hierarchy, however. Klopp’s knowledge of Liverpool, his readiness to embrace the culture of the city and the vivacity he brings to the job eclipsed the more measured manner of Carlo Ancelotti, who was also of interest to Liverpool.
Klopp will get to work at Melwood on Monday, and will have the weekend to acquaint himself with his new working environment as well as Anfield itself.
He was last there 15 months ago for a pre-season warm-up game, overseeing a heavy defeat with a depleted Borussia Dortmund side.
His first Premier League game is against Tottenham Hotspur on October 17, but the first Anfield fixture is a Europa League against Rubin Kazan the following Thursday. That promises to be an atmosphere to rival some of Liverpool’s most memorable European nights as The Kop eagerly anticipates the first glimpse of its new manager

J├╝rgen Klopp


Age:
 
48

Nationality:
 
German

Managerial career:
 
2001-08 Mainz 05

2008-15:
 
Borussia Dortmund

Honours: 
 
Two Bundesliga titles, 2013 Champions League finalists
The charismatic coach left Borussia Dortmund at the end of last season following a seven-year spell that saw him win two Bundesliga titles and appear in the 2013 Champions League final. On October 8th, Klopp agreed a three-year deal to become Liverpool manager.