Dr Jasmin - Epilog Dari Seseorang Bernama Suami

Epilog



Dalam ayat 228 surah al-Baqarah, Allah berfirman

”... Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang hukum Syara’).....”.


Setelah posting/membaca 2 entry mengenai perjalanan hidup Dr Jasmin. Kisah pahit jerih 20 tahun menguruskan rumahtangganya..apakah yang boleh kita fahami atau mengerti mesej yang hendak disampaikannya?

Sebagai seorang lelaki,tanpa kita sedar atau cuba untuk tidak memahami keperluan tulang rusuk kita. Kita mungkin tidak sensitif kepada makluk yang jiwanya sangat halus dan lembut itu..Kita mungkin sangkakan dengan wang ringgit dan kata-kata manis kita, kita bisa membeli cintanya dan raganya.

Kadang-kadang isu yang sangat remeh bagi kita tetapi bagi mereka itulah yang mereka dambakan..

1) Senyuman kecil ketika pulang dari tempat kerja.
2) Satu ciuman didahinya selepas dia mencium tangan kita.
3) Ungkapan rindu atau sayang sekali sekala.
4) Memincit tapak kakinya
5) Call/text untuk bertanya sudah makan tengahari atau bertanya sudah ambik ubat atau tidak.
6) Membantunya membuat kerja-kerja rumah seperti 'ironing' atau membasuh baju.
7) Membantunya ketika di dapur. Satu bonus sekiranya kita boleh memasak untuk si dia.
8) Tidak lupa pada tarikh-tarikh penting si dia (tarikh bertunang, perkahwinan, harijadi etc)
9) Memberi hadiah sekali sekala. Samada dalam bentuk pakaian, tudung, bunga etc.
10) Luangkan masa untuk kita mendengar luahan/cerita daripadanya.
11) Membuat sebotol susu untuk anak
12) Tunjukkan kegembiraan kita walaupun kita serabut di tempat kerja.
13) Bercakap dengan nada lemah lembut dan bukan meninggikan suara memberi arahan.
14) Memuji seperti ketika memakai pakaian/baju baru.
15) Berjalan seiringan dan berpegangan tangan
16) Menjadi imam ketika solat

Kita ini adalah insan dengan seribu kelemahan dan sepatutnya kita pada setiap hari membaiki kelemahan dan kekurangan diri kita. Begitu juga kita digalakkan belajar dan belajar pada setiap hari sehingga ke liang lahad.
Ramai orang sering terlupa termasuk diri aku sendiri tentang setiap hari kita perlu belajar, memperbaiki dan memahami sang isteri. Kita mungkin tidak pernah ambil tahu tentang keperluan perasaan isteri yang senantiasa berubah mengikut peredaran usianya. Ada orang cakap semakin kita memanjat usia semakin sensitif kita jadinya.

Setiap hari kita harus bermunasabah diri apakah kebaikan yang kita lakukan untuk isteri kita pada hari ini. Walaupun kecil sekali tindakan kita untuk sang isteri tetapi percayalah ia amat besar sekali untuk dia.
Sayangilah anugerah Allah ini kepada kita. Jagalah segala keperluan lahirah dan batiniah dia. 

Penciptaan seorang isteri terlalu indah untuk digambarkan hatta untuk dipukul, dimaki atau dihina. Mintalah keampunan dari Allah dan kemaafan dari isteri sekiranya kita pernah menyakiti amanah Allah ini.
Sekiranya isteri kita melakukan sesuatu kesalahan, cerminlah diri kita dahulu untuk periksa apakah kekurangan atau kesalahan diri kita sehingga si dia melakukan kesalahan itu. Contohnya, apabila si isteri tidak menjaga solatnya, apakah kita telah menjaga solat kita. Jika ya, periksa kembali solat kita itu, apalah ia sempurna dari segi tertib waktu dan pelaksanaannya? Subhanallah..

Kepada sang isteri, aku memohon maaf sekiranya terlalai dalam memberi segala keperluan selama ini. Segala coretan di atas adalah peringatan untuk diri sendiri supaya aku tidak leka dalam menjalankan kewajiban aku sebagai hamba Allah kepada kamu. 

Sekiranya aku memejam mata pada hari ini, ketahuilah setiap hari perasaan cinta itu tidak pernah pudar dan aku sentiasa setiap hari cuba memberi yang terbaik untuk kamu supaya kamu menjadi isteri yang solehan dan mama yang hebat untuk anak-anak kita.

Kerana aku amat takut untuk mengadap Rabbul Izzati dalam serba kekurangan dan mengingkari amanahNya kepada aku. Aku juga setiap hari mendoakan dan memberi keampunan kepada kamu supaya rahmat Allah sentiasa kepada kamu. 

Dan esok bermula tahun baru 1 Muharam Hijja 1434. Semoga segala kekhilafan dan kekurangan pada aku dan isteri dapat diperbaiki dengan sifat tawadhu'  dan khauf pada Allah S.W.T . Inshallah.Amin yarabbal alamin..Wallahualam.








Comments

  1. peranan suami dan isteri sama penting dlm rumahtangga..tolak ansur dan sabar selalu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts