Kari Burung Merpati dan Mee Pata di Penang

Kari Burung Merpati dan Mee Pata di Penang

Ok. Sekarang dah jam 5.05pm. Lupakan sekejap pasal kerja..kita cheqhita lagi pasal  makan..selain daripada sembang pasal memancing dan kereta, aku sangat suka sembang pasal makan..lagi exotic makanan tu lagi suka aku nak layan.

Kalau pergi ke satu tempat tak kira lah hal kerja ker atau pergi bercuti, aku selalu mencari tempat makan yg 'best' kat situ..emmm yummy2..

Orang cakap Penang ni syurga makanan...so kesempatan ulang alik ke sini, aku cuba 'riki' kat kengkawan.."kat mana makan best bro?"..tanya aku kat kawan aku sorang Mr Hamka ni dan tanpa segan silu laju jer dia jawab.."Restoran Tajuddin Hussain la..kuah dia siap letak dalam jag lg"..."kat mana tu?" aku tanya lg..."ahh..tak jauh dari site ko..Lebuh Queen!". 

Si Hamka ni, selalu jadi aku punya 'reference' bila nak tahu tempat makan dan alamat bila aku sesat..aku pun tak tahu macamana dia boleh tau..tahu jer bila kita tanya dia..dan dia selalu dekat dengan aku...kat Penang ni pun site dia berjiran dengan site aku..boleh macam tu?


Restoran Tajuddin Hussain di Lebuh Queen
Cari punya cari..sampai juga kat restoran tu. Rupanya berada di dalam kawasan Little India, Lebuh Queen..parking agak susah sebab orang ramai. Nasib sangat baik sebab selepas 3-4 kali berpusing. dapat parking betul-betul hadapan restoran tu.

Apabila hendak duduk pula..kena tunggu dulu pelanggan yang lain habis makan..ramai orang!.tertelan air liur jangan cakap la sebab tengok lauk pauk di situ.

Kari Burung Merpati
Macam-macam lauk pauk ada..so apa lagi!! dah tentu order yang 'rare' dan esotik..2 ekor burung puyuh, 1 ekor burung merpati, udang, sotong dan semestinya kepala ikan!

2 ekor burung puyuh, 1 ekor burung merpati, udang, sotong dan kepala ikan
MashaAllah...sedap! semua sedap kecuali burung merpati tuh!...haha..tak boleh nak telan la sebab rasa daging dia sedikit hanyir..teringat aku semasa kecik dulu bila lastik burung tukang lepas tu goreng..rasa dia lebih kurang macam tu..kalau tak pernah makan burung tukang tu..cuba lah lastik dan makan...:-)

Destinasi seterusnya ada la Padang Kota Lama (Fort Cornwallis)...info makanan ni aku dapat semasa menonton Jalan-Jalan Cari Makan di TV3..lokasi pun dekat juga dengan 'site'..jomm!!


Meriam di belakang tu macam best jer kalau letak kat rumah
Kalau mai Padang Kota Lama ni..orang tak cari apa dah...1. Mee Pata 2. Coconut Shake...

Rupa paras Mee Pata

Coconut Shake
Sedap Mee Pata ni!..pelik jugak mcmana nama dia 'Pata'..teringat aku masa persidangan Pata 1986 dulu..sinonim dengan logo penyu..dulu semasa kecil, penyu tu aku lukis di belakang papan bawah tangga rumah..sekarang dah takde tangga tu sebab ayah dah gantikan dengan tangga konkrit.

Rasa mee ni cukup lengkap dengan masam, manis dan pedas..ada sambal sotong..harga rm4.00 jer..memang sedap!

Air kelapa goncang ni pun sangat sedap..jadi aku terpaksa order 2 gelas sebab tak puas segelas jer..sebenarnya air kelapa muda campur dengan ais krim jer tapi adunan dia agak lain..mungkin rasa ais krim tu yang mempengaruhi rasa dia..lemak dan manis..memang terbaik!

Patut cuba jika mai Penang...(awat aku baghu tau ni..padahal selalu mai ziarah rumah mak cik kat Road Walk tu..?..) 

Road Walk...nanti nak pi la situ....

Wassalam




Comments

Post a Comment

Popular Posts