Liverpool, Ayah dan Aku

1 February 2011, malam itu semuanya menumpukan perhatian kepada berita secara langsung di mana-mana website yang menyiarkan "latest news" tentang perpindahan pemain  untuk Liga Inggeris sebelum tirai perpindahan berakhir.

Desas desus Fernando Torres (Kops mengelarkannya El Nino) bakal berpindah ke Chelsea  masih lagi belum dapat disahkan, khabar angin bertiup kencang, lebih-lebih lagi selepas dia menyerahkan 'transfer request' kepada The King Kenny Dalglish. Sesuatu yang sangat mendukacitakan seluruh peminat fanatik Liverpool/The Reds.

Akhirnya sah! Fernando Torres secara rasminya menandatangani kontrak untuk bermain bersama pasukan Chelsea dengan kos £50 juta (British record) dengan gaji £175,000 seminggu

Photo yang tak ingin dilihat oleh penyokong The Reds
 Arghhhh...sangat kecewa, hajat untuk menyaksikan gandingan Luis Suarez yang baru dibeli £22.7m daripada  Ajax Amsterdam tidak akan menjadi kenyataan. Berita perpindahan Fernando Torres ke Chelsea disambut dengan pembakaran jersi beliau ketika bersama Liverpool dahulu. Semua Kopites seolah-olah tidak boleh menerima kenyataan bahawa pemain kesayangan mereka itu tidak lagi akan bermain untuk Liverpool.
Begitu taksub sekali para penyokong Liverpool kepada kelab dan pemain mereka dan salah seorang daripada jutaan Kopites itu adalah aku...

                                   


                                       


Menyorot kembali kegilaan aku pada bolasepak ini, semuanya kerana pengaruh dan minat ayah pada sukan kejar sebiji bola beramai-ramai ini. Ayah merupakan pemain dan peminat bola yang tegar. Kata emak, waktu kecil dulu aku selalu diusung ke padang bola oleh ayah. aku akan ditinggalkan di tepi padang dan ayah akan berlari-lari menyepak dan mengejar bola nan satu itu. Aku? apa yang aku buat disitu? Aku akan dijaga oleh penonton-penonton di tepi padang dan sudah semestinya menjadi bahan usikan oleh mereka.

Bila aku membesar sedikit demi sedikit aku didedahkan oleh ayah tentang permainan tersebut. Kata ayah, seorang pemain bola harus pandai menyepak dengan kedua-dua kakinya, mempunyai stamina yang kuat dan mempunyai kemahiran mengelecek.

Sebagai budak kampung, aku selalu mengikut ayah pergi menjala ikan. Samada dalam pejalanan pergi atau balik, aku pasti akan berlumba lari dengan ayah. Selalunya ayah menyuruh aku berlari dahulu 10-20 meter kemudian ayah akan mula berlari dan memotong aku dan menunggu aku di hadapan sambil tersenyum.Hasil daripada latihan yang tidak formal ini membuatkan aku menjadi juara pecut ketika di sekolah rendah sehingga dipilih mewakili sekolah untuk 100m, 200m dan 4x100m.Masih segar di dalam ingatan sewaktu sukan sekolah, ayah akan ada disitu.memerhatikan aku berlari dan menerima hadiah. aku tidak lupa saat-saat itu hingga ke hari ni dan berharap aku akan dapat membuat perkara yang sama untuk anak-anak sebab mereka pastinya akan ingat dan bangga dengan ayah mereka.

Kehebatan ayah bermain bola selalu diceritakan oleh rakan-rakan beliau. Kata mereka "ayah hang main kat sebelah kiri, sayap..dia lari kuat..kalau dia mengelecek..huihh". 
Ayah juga berkata dahulu dia bermain dan dilatih oleh jurulatih.  dan permainan bola kena ada strategi. Bukannya main lari kejar bola jer.

Walaupun diajar dan dilatih oleh ayah tetapi susuk badan aku yang agak kecil membataskan penglibatan aku didalam bolasepak. Aku bermain untuk sekolah rendah tetapi tidak terpilih ketika pemilihan untuk daerah. Ketika sekolah menengah aku lagi teruk...langsung tidak terpilih hatta untuk mewakili sekolah sekalipun...haha..terperap la aku kat hostel sekolah. Mungkin sebab itu, bakat terpendam pada diri aku tidak dapat dikembangkan. Aku cuma bermain ketika pulang ke kampung di Kuala Ketil..padang bola kat kampung tu tepi sungai, jadi kerap sangat bola tu jatuh dalam sungai dan akan ada perenang akan terjun ke dalam sungai. Sungai tu agak dalam dan berarus agak kuat kerana ia adalah sungai utama dari hulu yang bersambung dengan Sungai Muda di hilirnya. 

Kami bermain dan tidak ada kes lemas sebab boleh dikatakan semuanya boleh berenang. Anehnya hari ni bila aku pergi ke tebing sungai tu semul..keberanian waktu sekarang tidak mungkin akan sama macam dulu dan aku rasa adalah menjadi kerja gila untuk berenang di sungai tu lagi..  


Ayah selalu bercerita pasal bola dengan aku sampai ke hari ini. Kalau dulu-dulu ayah selalu sebut pasukan Everton, Liverpool dan tidak lupa pasukan yang paling aku benci, sapa lagi kalau bukan Manchester United. Ayah cakap dia suka tengok Ian Rush bermain..dia tak sebut Ian Rush tapi Mat Rush. Pemain yang glamour dengan misainya selain daripada menjadi seorang lagenda untuk Liverpool. Top scorer dengan jumlah 346 gol. Rekod yang masih lagi dipegang olehnya hingga ke hari ini.

Mat Rush (1980-1996)
Seorang lagi yang selalu disebut ayah ialah Johns Barnes yang bermain untuk Liverpool sekitar tahun 1987-1997. Dia ni penyerang proflik juga untuk Liverpool tetapi tidak sehebat Mat Rush tu..


John Barnes 1987-1997
Itu kalau ayah bersembang pasal hero-hero untuk Liverpool. Kalau untuk bolasepak tempatan, ayah selalu bercerita pasal hero no 1 nya. Sapa lagi kalau bukan Arwahyarham Mokhtar Dahari. Lagenda seluruh rakyat Malaysia dalam bolasepak. Dedikasi dan kehebatan 'Super Mokh' sentiasa menjadi rujukan ayah untuk bercerita kepada aku. 


Lagenda sejagat Supermokh dan Maradona (Pilihan Selangor vs Boca Juniors  14 Jan 1982)

Selain Supermokh, Zainal Abidin Hassan juga selalu di sebut-sebut oleh ayah. Ayah kata dia ni 'orang besi' sebab kulit dia gelap macam orang afrika. Yang paling aku ingat ialah rambut dia yang gaya cam afro tu waktu muda.


Zainal Abidin Hassan
Kadang-kadang bila ayah tidak bermain bola, ayah akan cuci but bolanya. Ayah cakap but  bola yang baik hanya Adidas dan Puma..waktu itu juga aku tengok ayah asyik cabut dan pasang stud pada butnya..rupa-rupanya stud tu patah dan ayah akan mengantikan semula. Ayah kata but dia ada yang stud 6 dan stud 13, stud 6 tu boleh ditukar kalau patah dan ayah hanya akan pakai kalau bermain ketika hujan.

Waktu di sekolah rendah aku hanya bermain berkaki ayam. Di sekolah menengah baru aku ada but sendiri..ntah apa brand dan selalu terkoyak tapak..kerap kena hantar jahit dan gam. But bola aku yang braded sikit adalah Puma yang ayah dan aku pergi beli di Sungai Petani. Kaki aku kecik saiz 7 jer kalau dibandingkan dengan ayah yang memakai but saiz 9. Fizikal ayah memang sesuai untuk seorang pemain bolasepak..bila tengok S Shamsudin dalam cerita bujang lapok teringat aku sewaktu ayah masih muda sebab lebih kurang sama susuk badan dengan ayah.


Ayah pernah ada kasut Adidas klasik ni tapi stud 6

Sekarang dalam usia yang mencecah 58 tahun. Minat ayah pada dunia bolasepak tidak pernah pudar. Ayah masih lagi bermain sekali sekala untuk pasukan Pilihan Veteran dan aku  cuma aktif dalam futsal sekali sekala. Itu pun agak terbatas sebab lutut aku ada sikit masalah selepas tercedera ketika bermain bola di kampung sekitar tahun 2006.

Bila pulang dikampung ayah dan aku masih lagi berjaga malam menonton siaran langsung. Lebih-lebih lagi jika ada perlawanan membabitkan Kedah atau Malaysia. Kalau Liverpool ayah dah tak ghairah sangat sebab ayah kecewa dengan prestasi terkini Liverpool yang selalu seri dan kalah..lepas tu, ayah akan membandingkan dengan Manchester United...tak mengapa ayah..Liverpool bakal bangkit semula dengan kehadiran pengurus baru dan pemain-pemain muda yang amat berbakat seperti Luis Suarez, Raheem Sterling dan Suso.


Liverpool new hero Luis Suarez

Raheem Sterling, pemain muda yang berusia baru 17 thn

Suso dan new manager Brendan Rodgers
Dengan adanya Astro di rumah, ayah tidak pernah tertinggal setiap perlawanan utama dan tabiat tu menyebab ayah terpaksa mendapatkan rawatan di klinik..mata ayah terlalu menerima cahaya yang banyak dan membengkak...hehe..ye la sebab sekarang ni mata ayah dah rabun jauh jadi kena la tengok dekat-dekat..sudahnya kena la bebel dan gelak dengan emak..haha

Aku mendoakan semoga Allah limpahkan kesihatan yang baik dan umur yang panjang berkat pada ayah supaya aku masih lagi mempunyai masa untuk menonton perlawanan bolasepak bersamanya.....bila cakap-cakap macam ni terasa sangat untuk berjumpa dengan ayah dan mencium tangan kedut ayah kerana aku tahu bahawa janji Allah itu sentiasa benar...rindu sangat dan sayang aku pada ayah..Sahak Bin Sudin.


Anak ayah

Nazri, IPGM Jalan Pantai Baharu

Comments

  1. ade lg ke org mminat liverfool..bukan ke diorg dah minat man city dah ke semua...YNWA you'll never win again

    ReplyDelete
  2. tak mengapa..true supporter will support all the time eps kalah ker seri ker!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts