Gulai Ikan Sembilang Jelutong,

Apa beza kari dengan gulai?..kat sebelah utara mana ada istilah kari...dari Taiping sampai ke Padang Besar..semua guna pakai perkataan 'Gulai'..

Kalau bertandang kat rumah aku di Kuala Ketil, mak akan memasak gulai sebagai lauk yang utama dan semua warga utara wajib tahu macam mana nak masak gulai ni..ada yang tak tau ker resepi gulai ni..entah ler..sebab senang jer nak masak gulai ni..campak jer bawang kecil,bawang putih, herba campur, daun kari, kari, santan, ikan dan bendi..jadi la gulai!

Ayah memang pengemar gulai ni, dalam seminggu 3-4 kali juga mak kena masak kari untuk ayah. Rahsia memasak kari pun aku dapat dari ayah. Kata ayah kari akan sedap kalau kita tumis rempah kari tu lama-lama dan guna api yang sederhana..lagi lama lagi sedap...kalau dapat rempah giling lagi menusuk kalbu...

Bila datang untuk site meeting kat Penang ni baru-baru ni aku dibawa untuk rasa 'The Famous Gulai Ikan Sembilang Kak Ani!' di Jelutong..pucuk di cita ulam mendatang lerr!

Restoran ni senang jer nak sampai sebab lokasi just di tepi Lebuhraya Jelutong tu, lepas Tesco dan sebelum pusat pembuangan sampah..tak tau kat mana?..tanya jer orang-orang penang..depa semua tau kedai makan ni kerana ia adalah lokasi wajib sampai kalau anda datang ke Pulau Pinang.


Nampak sikit  jer lauknya tapi kat belakang tu ada kawah besaq.

Orang ramai kalau peak hour
Di bahagian belakang kedai makan ni adalah pusat pendaratan ikan nelayan jadi ikan sembilang ni adalah ikan yang segar-segar belaka.

Ni diaaa....gulai ikan sembilang
Sedapppp gulai ikan sembilang ni..texture ikan masih lagi kenyal dan manis.


Ikan Bawal goreng cicah dengan sambal kicap sebagai lauk sampingan
Untuk hari tu, aku makan gulai sembilang, bawal goreng cicah dengan sambal kicap, ulam dan papadom...gulai tu cukup sifat rasa dia sebagai gulai orang tempatan. Terasa macam makan gulai mak masak jer cuma beza gulai mak tak ada serbuk perasa tok aji...terliur liur bila menaip pasal gulai nih...sebab aku pun hantu gulai..balik nanti nak masak gulai ikan seludu lah..sedap jugak ni sambil layan bola thailand vs harimau malaya...

el fin!







Comments

Popular Posts