Ah Chai sudah meninggal???

Pagi tu 6 February 2013 aku sampai di site office seperti biasa. Mengemas kini dan mengatur aktiviti untuk hari tersebut. Membuat beberapa panggilan kepada 'sub-contractor' dan 'supplier'. Seperti biasa aku akan menerima panggilan daripada boss untuk 'update' beberapa kerja yang tertangguh dan menyuruh aku untuk 'follow up'. Di hujung talian Boss bertanya " kau dah tahu Ah Chai dah mati?"....aku hanya cakap tak tahu dan bertanya dengan nada yang terkejut "bila???".."malam tadi.." jawap boss dengan nada yang pendek.

Ah Chai atau nama penuh Tang Kia Chai merupakan kepala sub-contractor mekanikal untuk project aku. Berasal dari Kedah dan sekarang menetap di Cheras. Seorang yang agak memanjat usia tetapi tidak terlalu tua. Hampir pencen. Baik hati, senang untuk berbincang dan pemurah dengan senyuman. 

Pagi itu sepatutnya aku menelefon dia untuk mengarahkan dia supaya meneruskan kerja-kerja pemasangan penghawa dingin di dewan besar. Kerja itu tertanggguh disebabkan ada kekeliruan tentang siling di atas pentas. Ah Chai pernah menerangkan jika siling tidak dipasang, penghawa dingin tidak dapat berfungsi dengan baik disebabkan proses 'intake' dan 'blowing' menjadi tidak sekata. Seperti biasa Ah Chai akan menjadi penasihat yang amat baik.

Masih terbayang suatu ketika bila kami mengadakan jamuan di 'site office'. Suka betul Ah Chai menjamah tetapi dengan gaya melantak Bihun Sup Kedah. Dia makan sambil komplen "ini bukan betul betul bihun sup kedah. Kedah punya ada lobak masin ooo..saya sudah makan ini dari kecil tau". Sebetulnya aku pernah merancang pada bulan lepas untuk membuat lagi jamuan macam tu dan membuat bihun sup yang asli kedah supaya Ah Chai tidak akan mengomel lagi. Nampaknya impian itu tidak sama sekali akan menjadi kenyataan kerana Ah Chai telah menjadi mendiang.

Selalu jugak Ah Chai datang berborak dengan aku bila ada kelapangan. Ah Chai akan bercerita jika malam sebelumnya dia pergi memancing dengan kawannya seorang doktor berbangsa melayu. Selalunya dia pergi memancing udang dan sekali sekala memancing siakap di kolam air masin. Pernah mengajak aku menyertainya tetapi aku tidak berkesempatan.

Pada 8/1/2013 ketika kami sibuk membuat persiapan untuk mesyurat bulanan. Aku dan seorang rakan sekerja Zai sedang berjalan untuk ke site office. Ah Chai datang dengan muka merah padam kepada kami. Marah betul dia kepada Zai bila Zai membuang barang-barang 'ducting' yang dilonggok di aras besmen.Itulah kali pertama dan terakhir aku lihat dia marah sebegitu rupa. Walaupun sebegitu, marah dia tak lama.


Ah Chai (berbaju merah) sewaktu 'site walk' pada 12/10/2013

Motosikal Ah Chai masih lagi berada di site..tuannya jer yang telah tiada :-(

Ah Chai mempunyai sebuah motosikal Yamaha SS100 sport. Bunyi daripada ekzos motosikal tu amat kami kenal. Apabila terdengar jer dia menghampiri office. kami akan ketawa kecil sambil berkata"dia mai dah"...

Banyak kenangan bersama Ah Chai untuk di tulis di sini, yang pastinya kami akan senantiasa merindui gelak ketawa bersama mendiang. Walaupun berlainan bangsa dan agama. Itu tidak menjadi penghalang untuk berkerja, makan, minum dan bergurau senda bersama. Sesungguhnya kehilangan mendiang amat dirasai. Pernah terjadi sewaktu aku memeriksa satu bilik, aku cuba hendak menelefon mendiang dan baru aku sedari yang beliau telah tiada....

Kematian Ah Chai menjelang 3 hari sebelum menyambut Tahun Baru Cina pastinya memilukan lagi isteri dan anak-anaknya. Aku dapat membayangkan kesedihan mereka..dan sudah pastinya segala kenangan bekerja bersama mendiang akan kekal di ingatan...dedikasi dan disiplin tinggi mendiang senantiasa aku hormati dan kagumi.....end

Comments

Popular Posts