Kato Abah Posan Omak by Prof Madya Mohd Ishak Ibrahim


Friday, 17 May 2013

Kato Abah Posan Omak


Pesanan Arwah Abah

SOROTAN CERITA : Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Seperti biasa setiap Jumaat akan saya luangkan masa untuk mengingati setiap pesanan dan didikan arwah abah. Bukanlah hari lain tak ingat. Sepanjang masa ingatan saya pada arwah Ibrahim bin Seri (Ibrahim bin Yazid) cuma pada hari Jumaat suka berkongsi dengan orang lain. Bukannya apa, manalah tahu kalau-kalau ada didikannya yang boleh pembaca manafaatkan. Bukankah hidup ini kita ambil yang baik-baik dari orang lain dan yang tidak dijadikan sempadan? Tambahan pula Jumaat hari penghulu hari. Bagus sekiranya kita berkongsi perkara-perkara yang baik-baik. Sebetulnya juga banyak perkara dalam hidup saya berlaku pada hari Jumaat. Seperti pernah saya notakan sebelum ini saya lahir pun hari Jumaat. Alhamdulillah dan mohon pada Allah SWT kalau nak jemput saya balik saya naklah balik hari Jumaat dan disolatkan sebelum solat Jumaat. YasinNYA saja yang Maha Mengetahui.

Di mukabuku pagi ini saya notakan ‘Arwah abah selalu kato 'tak lawa (kemas) jangan ikut abah'. Didikan ghengkas supayo selalu nampak komeh. Sampai lah sekaghang anak lelaki sey pulak pakai baju butang sampai ko lehe ! Moralnya penampilan kemas membentuk keyakinan diri dan secara langsung akan membuka peluang2 positif ? Jumaat lagi.’




Asas kehidupan saya sewaktu kecil kebersihan serta penampilan kemas sangat penting. MAK DARA super cerewet!!!! Kesusahan hidup tidak perlu ditambah dengan dalam keadaan comot dan tidak teratur. Nanti mengaibkan diri. Tak salah juga kalau orang berkata ‘ susah sangat keluarga sipolan, anak-anaknya comot’. Pasti bila mendengarnya kita akan sedih dan kalau diambil negatif mungkin kita marah. Salah siapa? Sepatutnya kita perlu sentiasa di dalam keadaan kemas dan bersih serta wangi. Pertama, ianya satu tuntutanNYA, keduanya bila nampak dimata masyarakat ianya akan menaikkan martabat kita. Paling tidak masyarakat akan berkata ‘kemas anak sipolan walaupun hidupnya susah’. Ha kan cantik ayat tu! Untuk dalam keadaan kemas pakaian tak perlu mahal. Kalau mahal pun tapi tak bergosok murah juga. Kalau kasut mahal tapi berdebu tak molek juga. Tapi bila sudah kemas dan cantik tapi bila bercakap menyakitkan hati orang lain tak guna juga. Kalau berbungkus litup menepati tuntutan Islam tapi hati tak baik tak guna juga. Kalau kaya raya rumah macam istana memandang rendah pada orang lain tak guna juga. Kalau berilmu dan tidak berkongsinya serta memandang orang lain sebelah mata tak guna juga. Islam itu sendiri pada HATI. Tak perlu susah-susah mendalami ilmu Allah SWT tapi hati tak cantik, rasanya penat saja?

Jadi bila sewaktu kecil kami susah tetapi penggosok arang tembaga menggosok baju yang sudah berkanji telah membantu membentuk satu penampilan baik. Bila penampilan dah cantik dilatih pula bertingkah laku penuh santun dan bertutur kata dengan perkataan terpilih. Secara langsung yang melihatnya pasti terpikat. Bila sudah memikat pastinya kita akan berhadapan dengan peluang hidup yang sungguh besar dan insha Allah yang baik-baik. Kalau di sekolah cikgu akan rasa sayang dan ingin melihat kita berjaya. Kalau pergi temuduga insha Allah mudah dapat kerja. Kalau berkerja mungkin majikan sayang kita. Kalau sudah berumahtangga mungkin mentua sayangkan kita. Tetapi bagi pembaca lelaki jangan pula bila sudah mendapat perhatian ingin berkahwin dua pula? Hahahaha peringatan untuk diri sendiri dalam gurau senda. Tapi kalau sudah tertulis di Luh Mahfudz Alhamdulillah. Ha ada juga gatalnya. Tapi insha Allah saya cuba elakkan sebab ‘sey SAYANG ISTERI SEY YANG PUTIH MELOPAK LAIE CANTIK’. Begitu juga dengan perempuan sama saja tetapi kalau sudah bersuami biarlah berpada takut pula ada menyimpan perasaan kepada orang lain walaupun sudah bersuami. Berdosa tu. Pastikan bila berhias perhiasannya jangan lebih dari tujuh. Boleh dikira mungkin cincin sebentuk, keronsang sepasang, seutas beg tangan dan teruslah mengiranya asalkan jangan lebih dari tujuh. Nak pasti lagi sila rujuk pada ustaz ustazah barang-barang yang jatuh dalam kategori perhiasan yang tujuh tadi takut saya tersilap pula. Tapi ambil mudah saja LESS IS MORE. Pasti cantik. Biarlah cantik dan kemas di dalam rumah bukannya cantik dan kemas bila nak keluar rumah. Kemaskan tempat tidur paling utama. Biarlah hidup serba sederhana tetapi mewah di tempat tidur. Mewah maksud saya cadarnya selalu bertukar, bilik kemas dan wangi pendek kata hebat semuanya. Bila ini kita jaga insha Allah kekal ijab kabulnya. Mesra selalu?

Apa yang saya tulis ini adalah apa yang saya lalui dan didikan serta apa yang saya lihat bagaimana MAK DARA dan arwah abah lakukan. Contohnya, MAK DARA tidak suka bilik tidur yang tidak kemas dan berbau yang tidak enak.

Cukup untuk kali ini assalam Jumaat dan sentiasa jaga HATI. Peringatan untuk diri saya dan semua. Assalamualaikum.

Renungan : Cantik betul Islam itu daripada seringkas-ringkas ajaran tetapi mampu membentuk satu modal insan cemerlang hanya pada menjaga kebersihan diri…Allahuakbar Mashallah.

Comments

Popular Posts