Nasi Goreng Telur Hancur

Assalamulaikum

15.01.2018. Ini adalah post yang pertama dalam tahun 2018. Juga post yang yang latest selepas post terakhir 21/11/2015. Uihh lama tu. Alhamdulillah masih lagi bernafas di bumi Allah ini.

Kalau ikut draft dalam blog ni, banyak juga yang hendak ditulis tetapi semuanya sekerat jalan. Tak tahu kenapa.

Hari ini, bangun dan selepas rutin pagi dan dah siap-siap wangi-wangi mulalah mencari makanan di dapur. Wife jam 7.00am tadi dah keluar rumah. so 2018 ini, aku banyak membuat urusan kerja di rumah sahaja. Maklumlah sekarang semua online, jadi ada banyak masa hendak menguruskan rumah dan anak-anak.

Buka rice cooker, ada lagi balance nasi malam tadi. Cukup untuk kami 3 beranak. Dah boring buat nasi goreng yang complicated, timbul idea nak buat nasi goreng asal jadi. Pada mulanya nak membuat nasi goreng kicap inspirasi dari kisah seorang suami yang membuat untuk arwah isterinya...tak jadi so buat lah dan terjadilah Nasi Goreng Telur / Teloq Hancoq ni.


Resepi cukup mudah dan mudah tapi sedap. Anak-anak pun sangat suka.

1) Nasi balance semalam..bukan balance last week yer..haha.yang ini lebih kurang sepinggan
2) 2 Biji Telur
3) 3 Sudu Sos Tiram

Cara-caranya;
1) Panaskan minyak. Masukkan telur. masak macam kita handak buat scamble egg tu.
2) Masukkan nasi. kacau kasi telur serata.
3) Masukkan sos tiram. Sesudah masuk sos tiram tu. kuatkan api dan kacau tong-tang ala-ala chef kat restoran..ahaa

Tidak payah masuk bawang ka garam ka serbuk perasa ka..yang ini dah cukup. Dah dekat nak sama macam nasi goreng kat Restoran Johnny tu dah habaq kat hangpa. Anak-anak cukup suka sebab depa suka makan teloq dan tak suka rencah-rencah bawang bagai tu.

Ok. sekian resepi kita kali ini. Nanti nak letak resepi lain pula. Sembang pasai resepi ini, cukup suka sebab cheq suka memasak tapi tak lah terrer macam chef. Sedap untuk perut sendiri jer. Jadi lah kan..depa kata lelaki pandai masak ni seksi...huhu

Wallahualam.


Comments

  1. ok mmg sedap ,x pandai sgt masak,tapi try resepi nih sedap giler nasi goreng ku kih kih

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts