Siput Sodut Bujang Telajak by Prof Madya Mohd Ishak Ibrahim


Siput Sodut Bujang Telajak



BUJANG TERLAJAK @ ANDARTU?
SOROTAN CERITA : Beberapa minggu lepas saya menghadiri kursus di Bagan Lalang. Biasa ke Bagan Lalang? Antara tempat yang menarik kalau nak makanseafood. Tapi saya pergi berkursus jadi tak adalah pergi makan seafood. Tapi pihak majikan ada juga meminta pihak Hotel Seri Malaysia dimana kami menginap menyediakan outdoor dinner dengan sedikit menuseafood. Boleh tahan. Sebenarnya ok cuma saya yang tak sihat demam resdung. Maklumlah tidur dikatil yang dikongsi oleh ramai tetamu hotel sebelum itu. Linennya buatkan hidung saya sensitive.

Acap kali saya ceritakan sebelum ini diwww.ishakskitchen.com ni penuh cerita disebalik makanan. Pada hari keduanya masakan yang begitu sedap sekali adalah masak lemak siput. Saya ni suka masak tapi tak pemakan orangnya. Tapi masak lemak siput tu betul-betul sedap. Teringat pulak pada isteri dan anak-anak terutama junior anak lelaki tunggal saya.

Sambil makan seorang kawan sepejabat seorang china asyik melihat saya menyedut siput tu….memang sedap tapi menyedutnya masih bersopan. Hahahah! Dalam berbual bermacam topic timbul cerita bujang terlajak @ andartu. Kata saya itu tidak menjadi masalah tetapi kawan china saya itu mengatakan ianya satu masalah baginya yang masih belum berkahwin. Memang mudah cakap bagi saya tak masalah tetapi yang menanggungnya? Sambung saya kalau dibawa berfikir kenapalah kita menjadi bujang terlajak @ andartu akan buat kita jadi sedih. Jadi cuba elakkan berfikirannegative. Positifkan diri. Tidak mudah tapi kena cubalah. Terus saya katakan lagi kalau berkahwin pun tapi tak happy susah juga. Nampak ada sedikit persetujuan disitu sambil saya terus menyedut siput tadi. Saya sambung lagi dan mengatakan yang berkahwin pula belum tentu jodohnya sampai kemati. Yang berkahwin juga belum tentu bahagia. Yang berkahwin juga belum tentu dapat anak. Yang berkahwin juga belum pasti serasi dan bermacam lagi. Sebaik dia mendengar pandangan saya yang panjang lebar nampak ada sedikit kelegaan disitu. Hidup ini adalah untuk kita membantu mengembirakan orang lain. Siput terus saya sedut…………………………….

Saya juga ada seorang kakak dan dua adik yang belum berkahwin. Pastinya saya sedih tetapi ini semua ketentuan Allah SWT. Ada HIKMAHNYA. Hidup didunia bukan untuk bersenang lenang tetapi mengharungi sebarang kemungkinan. Kakak saya yang umurnya hampir 60 tahun nampaknya tidak memikirkannya lagi begitu juga dua adik. Sedih hati mereka tak mampu saya tolong tetapi zahirnya nampaknya mereka mengisinya dengan pergi holiday kemana saja dan menumpang kasih anak-anak saudara. Saya begitu yakin Allah SWT sudah menyedia tempat yang baik untuk hamba-hambanya yang tidak berjodoh didunia disana nanti. Inshallah wallahuallam.

Sebagaimana adik kedua bongsu saya yang sudah mencecah 40 tahun. Saya sebagai abang envy juga dengan kehidupannya yang selalu pergi holidaydidalam dan diluar negara. Yang paling saya envy danwish salah satu holiday baru-baru ini kalau saya boleh bawa isteri dan anak-anak saya pergi cruise holiday. Macam best. Adik bongsu saya pula sudah melepasi umur 35 tahun. Bila dilihat dan dikaji Allah SWT menyediakan kerja yang perlukan dia merantau. Hujung bulan ni dia akan report duty di PBB Office di New York selepas pernah bertugas di New Delhi dan Madrid. Berkerja di PBB Office sudah cukup untuk menyibukkan dirinya. Allah SWT itu adil.

Habis bercerita banyak juga kelongsong siput yang sudah saya sedut dan tak pulak lenguh mulut ni yang bercerita sambil menyedut………………..jumpa lagi dicatatan seterusnya. Selamat makan semua!!!


 



 
 
Renungan: Terima setiap ketentuan dengan baik inshallah ketenangan juga yang akan Allah izinkan. Kita yang melihat saja merasa kasihan tapi tuan punya badan mungkin melihatnya bukan kudis. Sebab itu kita kena sentiasa ingat 3 perkara.

Pertama - Setiap kali kita melihat sesiapa saja katakanlah pada diri kita bahawa orang itu mungkin lebih baik disisi Allah SWT.

Kedua – Setiap kali kita melihat orang yang lebih muda dari kita katakanlah pada diri kita bahawa orang itu masih sedikit atau tidak ada dosanya pada Allah SWT.

Ketiga – Setiap kali kita melihat orang yang lebih tua dari kita katakanlah pada diri kita bahawa orang itu sudah mengumpul banyak pahala.

Comments

Popular Posts