Awet Muda by MII


TUESDAY, 1 JANUARY 2013

Miang Nak Bebini Laie


Awet Muda

SOROTAN CERITA : Hahahaha awet muda? Saya tak tahu caranya sebab saya bukan pakar!.Alhamdulillah umur sudah kearah 50 tahun. Uban nampaknya segan nak tumbuh tapi sudah ada sedikit didasar kepala tapi tak berapa kelihatan. Alhamdulillah rasa bangga! Mahu tidak! Barulah kita melalui setiap fasa kehidupan sebelum dijemput balik. Saja bawa topik ni. Rasanya pemakanan kita banyak membantu dalam mengekalkan kesihatan nampak muda. Secara zahirnya muka sudah menunjukkan penuaan tetapi disebabkan rambut masih hitam mudalah nampak kononnya.....alhamdulillah sekali lagi dan berkali-kali.

Terpanggil berkongsi cerita tampak muda bukan untuk merasa bangga tetapi ingin berkongsi sedikit amalan yang saya sendiri tak pasti keberkesanannya. Apa-apa pun kita kongsi. Kenalan India, Cina dan Melayu selalu bertanya ‘ Prof sentiasa nampak muda, pakai apa ya?’ Jawab saya berseloroh ‘pakai baju dan seluar’Sebenarnya saya akan pastikan sebaik bangun dari tidur tanpa mengosok gigi seperti amalan Rasullullah SAW saya akan minum air kosong sebanyak mungkin sambil berselawat. Kesannya saya akan hilang mengantuk dan senang untuk buang air besar yang juga salah satu proses buang toksin setiap pagi. Ketika mandi saya akan mulakan dari kaki sambil berdoa ‘sahaja aku mandi sunat kerana Allah Taala’. Semasa bersikat ada doanya. Sambil berbedak (sedikit sahaja atas kemahuan isteri supaya tampak segar) ada doanya. Sambil memakai baju dan seluar ada doanya. Tak saya catatkan doanya disini kerana tiada doa khusus. Cuma, saya hanya berpegang kepada setiap yang kita lafazkan, fikir dan terdetik dihati itu adalah DOA. Betulkan? Itulah yang saya pegang dan amalkan. Sebaik bersiap dengan amalan ringkas saya akan terus ceria.

Minat ketempat kerja setakat hari ini masih belum pudar. Alhamdulillah. Keceriaan juga memudakan kita? Entah! Saya benar-benar tak pasti. Kebetulan saya tak suka lewat ketempat kerja kerana saya tak suka jantung saya bergerak pantas. Tak bagus rasanya? Kurang lebih jam 7.45pagi saya sudah berada dipejabat. Sebelum atau sambil sarapan saya mesti membaca kalau tidak serba tak kena dan gelisah. Bila banyak membaca otak saya akan aktif dan positif. Mungkin ini juga buat kita tampak muda? Wallahuallam. Sekali lagi saya tak pasti.

Waktu makan dan jumlah makanan yang saya ambil juga sangat sedikit sekadar mengenyangkan. Makan pun hanya sarapan pagi, makan tengahari dan malam. Saya elakkan minuman berais dan orang lelaki elok elakkan ais. Makanan sejuk tak elok untuk ‘kelelakian’. Kelelakian yang sihat memastikan perhubungan yang sihat dan seterusnya bagus untuk jantung. Saya juga banyak makan banyak sayur dan buah-buahan. Daging pula sebulan sekali tetapi banyak makan ikan. Tidur saya pun kurang lebih 5-6jam. Sekali sekali lajakkan juga kalau terlampau penat. Saya tak pasti apa yang saya amalkan membuatkan awet muda. Sekali lagi saya tak pasti.

Lain-lain amalan, saya akan pastikan tampak kemas ketempat kerja. Bila kemas kita akan berasa keyakinan diri bertambah. Seperkara yang tidak baik yang saya lakukan adalah merokok. Ada juga sebabnya. Sebabnya? Terlampau mengutuk orang merokok semasa saya buat ‘A’ Level. Padan muka saya!!!!! Allah SWT telah menyatakan jangan kita membenci sesuatu dengan melampau. Merokok tidak baik tetapi dalam masa sama telah menyelamatkan saya dalam banyak hal terutama bila ‘entertain clients’ yang minum. Masa mereka asyik minum dan sedikit ‘out of control’ saya berkawan dengan rokok. Alasan yang bodoh tetapi sangat membantu waktu itu. InshAllah satu hari nanti saya akan berhenti juga........padahal boleh sangat kalau nak berhenti sekarang. Sekali lagi alasan yang dibuat-buat padahal dah tersangkut dengan tabiat buruk ni. Pernah saya berseloroh dengan isteri saya ‘kalau abang berhenti merokok mesti abang nampak lagi muda dan hensem. Mummy mesti risau setiap kali abang keluar rumah pergi kerja!’. Penutup catatan kali ini, saya sebenarnya tak kisah kalau saya boroi dan beruban! Hahahahahahah.

RENUNGAN: Setiap yang kita lakukan usahlah berlebihan terutama makan, minum dan tidur. Perbanyakkan senyuman. InshAllah. Walaubagaimanapun, semuanya hanya dengan izin Allah Taala.

Comments

Popular Posts