Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Pada 22 January 2013
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Letih dan rasa macam dah nak tercabut kepala lutut aku. Apa tidaknya, dua kali menapak naik menaiki tangga hingga ke Level 12 untuk melakukan beberapa pemeriksaan dan mengambil gambar untuk kemaskini status projek ni. Lift pulak masa inilah dia nak buat hal pun...jadi, terpaksa mengerah tenaga kaki sahaja naik dan turun bangunan.
Setiap kali ada mesyuarat yang besar. Setiap kali itu juga kami akan bekerja keras melakukan kerja-kerja pembersihan dan meyudahkan apa-apa kerja yang tertangguh sebelumnya. Kos akan meningkat sekali ganda untuk semua persediaan ini.
Untuk kali ini pula para para pembesar daripada Kementerian Pelajaran akan datang untuk melakukan penilaian terhadap bangunan ini sebelum dibenarkan untuk mendudukinya. Architect pada dasarnya telah bersetuju untuk memberikan kelulusan menduduki sebahagian bangunan ini.
Project ini agak unik kerana ia dibahagikan kepada beberapa zone. Zone 1 hingga 4 telah siap sepenuhnya. Zone 5 atau Dewan Besar sahaja yang masih lagi dalam fasa terakhir menyiapkan kerja-kerja rekabentuk dalaman.
Kelewatan menerima bekalan elektrik daripada pihak TNB menjadi pemyumbang utama kepada kelewatan Zone 5 ini. Kami tidak boleh membuat ujian untuk segala bentuk services di atas ceiling. Apabila tidak dapat membuat ujian ujian ini sudah tentu perancah tidak boleh di tanggal. Kemasan lantai 'Air Thrust' sudah tentu tidak dapat dipasang dengan keadaan perancah memenuhi segenap pelusuk Zone 5 ni..macam lagu Bangau oh Bangau la kronologinya. Semuanya saling bersangkutan.
Kami sebolehnya tidak mahu meminta tambahan masa kerana prosesnya agak lama dan tidak baik untuk nama syarikat. Pihak klien pun nampaknya bersetuju dan semuanya diatur supaya bangunan ini selamat dan boleh diduduki.
Last minutes works! |
Jadi bertungkus lumus lah aku dan kawan-kawan..pada hari terakhir tu, semua pekerja tidak tidur langsung. Mereka hanya pulang selepas 8 pagi. Kami dibahagian pengurusan pula sibuk dengan segala macam report dan lain-lain persediaan untuk mesyuarat. Semuanya mesti kelihatan sempurna dan tersusun. Big Boss, Dato Dr Ir. Nik Kamel turun sama untuk tolong menyusun meja mesyuarat bersama arkitek yang baru menerima anugerah Architect of the year 2012, Dato Ar. Hj Hajeedar. Mesyuarat ini diadakan di bahagian Lobi Tingkat 3.
Kiri PM Mr Zahid, GM Mr Muaz, Mr Izwan, Dato Hajeedar, Dato Nik dan Architect Mr Hanafi. Berehat selepas menyusun kerusi, meja dan model. |
Pagi itu aku sempat membeli Nasi Lemak Tanglin yang terkenal itu untuk jamuan sarapan ketika bermesyuarat. Jam 7.30 pagi aku dah tercegat didepan gerai untuk mengelakkan barisan yang panjang nanti. Seperti yang diduga, 8.00 pagi sudah berbaris panjang orang dihadapan gerai itu. Nasi lemak disini agak lain sikit sambalnya. Lauknya tidak banyak.Hanya ada sotong, daging, ikan tongkol dan ayam sahaja. Istimewanya, ini adalah generasi ketiga mengusahakan Nasi Lemak Tanglin ini. Jadi tak perlu berceloteh panjang mengenainya rasanya...only one word, sedap!!
Sibuk pekerja-pekerja dia membungkus untuk nasi lemak aku. |
Makan sebelum bermesyuarat..ada sebab mengapa kami menyajikan Nasi Lemak Tanglin..hehe |
Pegawai Kementerian memeriksa Plant Room |
Walaupun begitu, beberapa kejadian kebocoron air berlaku hari itu. Paling banyak bocor adalah pada bahagian penyambungan paip di tandas. Mujur kami menempatkan sekumpulan plumber untuk bersiap sedia apabila berlaku apa-apa kebocoran. Sekarang ini pun, aku masih mengawasi dengan teliti kerana apa-apa kebocoran air ini perlu ditangani dengan baik. Takut kalau kejadian ceiling runtuh terjadi seperti yang dilaporkan oleh media massa. Minta dijauhkan!
salah satu kawasan ceiling yang bocor apabila slab atas yang tak properly grouting. Workmanship yang tak berapa baik. |
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu yang hampir siap. |
Lobby Utama |
Pandangan daripada Bilik Pengarah Level 1 |
end.
Comments
Post a Comment