Dr Jasmin - Epilog Dari Seseorang Bernama Suami
Epilog
Dalam ayat 228 surah al-Baqarah, Allah berfirman
”...
Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung
oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang
hukum Syara’).....”.
Setelah
posting/membaca 2 entry mengenai perjalanan hidup Dr Jasmin. Kisah pahit jerih
20 tahun menguruskan rumahtangganya..apakah yang boleh kita fahami atau
mengerti mesej yang hendak disampaikannya?
Sebagai
seorang lelaki,tanpa kita sedar atau cuba untuk tidak memahami keperluan tulang
rusuk kita. Kita mungkin tidak sensitif kepada makluk yang jiwanya sangat halus
dan lembut itu..Kita mungkin sangkakan dengan wang ringgit dan kata-kata manis kita, kita bisa membeli
cintanya dan raganya.
Kadang-kadang isu yang sangat remeh bagi kita tetapi bagi mereka itulah yang mereka dambakan..
1)
Senyuman kecil ketika pulang dari tempat kerja.
2) Satu
ciuman didahinya selepas dia mencium tangan kita.
3)
Ungkapan rindu atau sayang sekali sekala.
4) Memincit
tapak kakinya
5)
Call/text untuk bertanya sudah makan tengahari atau bertanya sudah ambik ubat atau tidak.
6)
Membantunya membuat kerja-kerja rumah seperti 'ironing' atau membasuh baju.
7)
Membantunya ketika di dapur. Satu bonus sekiranya kita boleh memasak untuk si
dia.
8) Tidak
lupa pada tarikh-tarikh penting si dia (tarikh bertunang, perkahwinan, harijadi
etc)
9) Memberi
hadiah sekali sekala. Samada dalam bentuk pakaian, tudung, bunga etc.
10)
Luangkan masa untuk kita mendengar luahan/cerita daripadanya.
11) Membuat
sebotol susu untuk anak
12)
Tunjukkan kegembiraan kita walaupun kita serabut di tempat kerja.
13)
Bercakap dengan nada lemah lembut dan bukan meninggikan suara memberi arahan.
14) Memuji
seperti ketika memakai pakaian/baju baru.
15)
Berjalan seiringan dan berpegangan tangan
16)
Menjadi imam ketika solat
Kita ini
adalah insan dengan seribu kelemahan dan sepatutnya kita pada setiap hari
membaiki kelemahan dan kekurangan diri kita. Begitu juga kita digalakkan
belajar dan belajar pada setiap hari sehingga ke liang lahad.
Ramai
orang sering terlupa termasuk diri aku sendiri tentang setiap hari kita perlu
belajar, memperbaiki dan memahami sang isteri. Kita mungkin tidak pernah ambil
tahu tentang keperluan perasaan isteri yang senantiasa berubah mengikut
peredaran usianya. Ada orang cakap semakin kita memanjat usia semakin sensitif
kita jadinya.
Setiap
hari kita harus bermunasabah diri apakah kebaikan yang kita lakukan untuk
isteri kita pada hari ini. Walaupun kecil sekali tindakan kita untuk sang isteri
tetapi percayalah ia amat besar sekali untuk dia.
Sayangilah
anugerah Allah ini kepada kita. Jagalah segala keperluan lahirah dan batiniah
dia.
Penciptaan seorang isteri terlalu indah untuk digambarkan hatta untuk dipukul, dimaki atau dihina. Mintalah keampunan dari Allah dan kemaafan dari isteri sekiranya kita pernah menyakiti amanah Allah ini.
Penciptaan seorang isteri terlalu indah untuk digambarkan hatta untuk dipukul, dimaki atau dihina. Mintalah keampunan dari Allah dan kemaafan dari isteri sekiranya kita pernah menyakiti amanah Allah ini.
Sekiranya
isteri kita melakukan sesuatu kesalahan, cerminlah diri kita dahulu untuk
periksa apakah kekurangan atau kesalahan diri kita sehingga si dia melakukan
kesalahan itu. Contohnya, apabila si isteri tidak menjaga solatnya, apakah kita
telah menjaga solat kita. Jika ya, periksa kembali solat kita itu, apalah ia
sempurna dari segi tertib waktu dan pelaksanaannya? Subhanallah..
Kepada sang isteri, aku memohon maaf sekiranya terlalai dalam memberi segala keperluan selama ini. Segala coretan di atas adalah peringatan untuk diri sendiri supaya aku tidak leka dalam menjalankan kewajiban aku sebagai hamba Allah kepada kamu.
Sekiranya aku memejam mata pada hari ini, ketahuilah setiap hari perasaan cinta itu tidak pernah pudar dan aku sentiasa setiap hari cuba memberi yang terbaik untuk kamu supaya kamu menjadi isteri yang solehan dan mama yang hebat untuk anak-anak kita.
Kerana aku amat takut untuk mengadap Rabbul Izzati dalam serba kekurangan dan mengingkari amanahNya kepada aku. Aku juga setiap hari mendoakan dan memberi keampunan kepada kamu supaya rahmat Allah sentiasa kepada kamu.
Dan esok bermula tahun baru 1 Muharam Hijja 1434. Semoga segala kekhilafan dan kekurangan pada aku dan isteri dapat diperbaiki dengan sifat tawadhu' dan khauf pada Allah S.W.T . Inshallah.Amin yarabbal alamin..Wallahualam.
peranan suami dan isteri sama penting dlm rumahtangga..tolak ansur dan sabar selalu.
ReplyDelete