Palestin - Bergegar Lagi
Rabu
, 21-11-2012 - Waktu Subuh Isnin lalu telah melihatkan lebih
banyak kematian dan kecederaan penduduk Palestin dalam serangan udara Israel ke
atas Semenanjung Gaza menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 83 mangsa.
Bilangan penduduk Palestin yang cedera juga telah
meningkat kepada 710 pagi ini dalam serangan udara Israel yang membawa maut di
kawasan awam penduduk Gaza.
Pada kira-kira 06:15 pagi di Gaza, seorang gadis
kecil yang bernama Rama Ashendi dibunuh selepas rumah keluarganya dibom di
Azzeitoun, timur Gaza.
Empat orang awam lain termasuk kanak-kanak, dua
wanita dan seorang lelaki terbunuh manakala lebih 35 yang lain kebanyakannya
kanak-kanak, cedera dalam serangan udara Israel ke atas rumah mereka di kawasan
kejiranan yang sama.
Tujuh kanak-kanak dari keluarga Azzam juga
mengalami kecederaan serius.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
Selain daripada solat dan doa, sedikit sumbangan boleh di salurkan kepada saudara-saudara kita di sana. Di bawah ni tertera no-no akuan bagi satu tujuan yang sama....InshaAllah
Setiap hari gugur para syuhada di bumi Palestin. Peluru berpandu rejim zionis Israel muntah pagi dan malam. Teringat pada tahun 2004 bilamana salah seorang yang menjadi mangsa adalah As Syahid Ahmad Yasin yang merupakan salah seorang pengasas Hamas. Seorang yang cacat dan hampir buta disebabkan disiksa oleh tentera rejim ketika dipenjara namun keimanannya tidak pernah tergugat dan semangat juangnya serta keinginannya untuk syahid adalah sangat tinggi.
Apa yang hebat semasa hayatnya adalah beliau merupakan seorang yang tidak pernah meningglkan solat berjamaah walau dalam apa keadaan sekalipun. Dan selepas solat beliau akan membaca Al-Quran dan anakandanya Sheikh Abdul Ghani akan menyelak lembaran demi lembaran Al-Quran untuk dibaca oleh ayahnya. Menurut anaknya, Sheikh Abdul Ghani pernah suatu hari dia tertidur kerana terlalu mengantuk ketika sedang ayahnya sedang membaca Al-Quran dan ketika dia tersedar didapati ayahnya, Sheikh Ahmad Yassin masih meneruskan bacaan Al-Quran dengan menyelak Al-Quran menggunakan lidah dan giginya. Subhanallah.
Beliau adalah mangsa pembunuhan paling keji apabila ditembak dengan tiga bedilan roket dari helikopter Apache tentera Israel. Peristiwa berdarah itu berlaku pada subuh hening sejurus Syeikh Ahmed Yassin keluar dari masjid setelah menunaikan solat Subuh.
Semoga nama besar itu menikmati apa yang dijanjikan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu orang mati; bahkan mereka itu orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. (al-Baqarah: 154)
Hayati setiap bait kata² As-Syahid
Syeikh Ahmad Yasin (1938-2004) pada kita..
Wahai anak²ku, telah tiba
saatnya kalian 1-Kembali kpd ALLAH dgn
meninggalkan pelbagai keseronokan, kealpaan kehidupan & menyingkirkannya
jauh drpd kehidupan kalian.
Telah tiba saatnya kalian 2-Bangun
& melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya utk
kalian 3-Menghiasi diri dgn akhlak yg mulia, 4-Mengamalkan
kandungan al-Quran serta 5-Mencontohi kehidupan Nabi
Muhammad saw.
Aku menyeru kalian wahai anak²ku
untuk 6-Solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku
mengajak kalian wahai anak-anakku, utk 7-Mendekat diri kpd
sunnah Nabi kalian yg agung.
Wahai para pemuda, aku ingin kalian 8-Menyedari
& menghayati makna tanggungjawab. Kalian harus tegar menghadapi
kesulitan hidup dgn meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian utk 9-Menghadap
ALLAH SWT & memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi
rezeki yg berkat kpd kalian. Aku menyeru kalian supaya 10-Menghormati
orang yg lebih tua & 11-Menyayangi orang yg lebih
muda.
Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan² muzik yg
melalaikan, melupakan kata² yg menyebutkan cinta kpda manusia &
dunia serta menggantikannya dgn kata amal, kerja & zikir kpd ALLAH. Wahai
anak²ku, aku amat berharap kalian 12-Tidak sibuk dgn muzik & 13-Tidak
terjerumus ke dlm arus syahwat.
Wahai puteriku, aku ingin kalian
berjanji kpd ALLAH akan 14-Mengenakan hijab secara jujur & betul.
Aku meminta kalian berjanji kpd ALLAH bahawa kalian akan 15-Mengambil
peduli tentang agama & Nabi kalian yg mulia. Jadikanlah ibunda
kalian, 16-Khadijah & Aisyah, sebagai teladan. Jadikan
mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian utk melakukan
sesuatu yg boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.
Kepada semua, aku ingin kalian 17-Bersiap
sedia utk menghadapi segala sesuatu yg akan datang. 18-Bersiaplah
dgn agama & ilmu pengetahuan. Bersiaplah utk belajar &
mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dlm kegelapan yg pekat. Latihlah
diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik & peralatan elektronik.
Latihlah diri kalian utk sementara waktu merasakan kehidupan yg sukar.
Biasakan diri kalian agar dapat 19-Melindungi
diri & 20-Membuat perancangan utk masa depan.
Berpeganglah kpda agama kalian. Carilah sebab²nya & tawakal kpd
ALLAH.
Al Fatihah utk As Syahid Syeikh Ahmad Yasin (Beliau syahid selepas di bunuh oleh tentera regim selepas solat subuh 22 March 2004) |
Comments
Post a Comment