Den Sayang Bini Den by MII


Friday, 2 March 2012

Den Sayang Bini Den

Daddy Sayang Mummy
SOROTAN CERITA : 

Dugaan diberi sampai kemati,
Usaha tawakal mohon dimakbul,
Redha mulut, akal dan hati,
Panjatkan doa InshAllah dikabul.



Waktunya subuh. Beban dikepala tidak tertanggung. Itulah masalah kita manusia, tidak kuat dengan dugaan Allah Taala termasuklah diri saya. Mana mungkin Allah nak makbulkan doa kita bilamana mulut, akal dan hati tidak selari dalam redha setiap dugaan. Mulut kata redha tapi hati dan akal tidak !

Cerita berkisar masalah kesihatan isteri tersayang. Hancur luluh bilamana isteri jatuh sakit. Tapi harus terus tabah dan hanya menangis didalam. Kadang2 berderai juga.................................Alhamdulillah sekarang sihat tapi beberapa tahun dahulu pernah diserang 'mild stroke'. Anak-anak masih kecil dan 5 orang semuanya. Keadaan waktu itu agak tidak teratur dan membinggungkan. Kami berdua dalam dilema samada isteri patut berhenti kerja atau sebaliknya. Bermain difikiran cukup ke kalau isteri tak bekerja lagi? Mampu ke aku nak melunaskan tanggungjawab? Kekeliruan inilah yang telah tidak memberi ketenangan dan banyak termenung dari merenung.

Disuruh berhenti kerja katanya nanti susah saya. Nak teruskan kerja kesihatan tidak mengizinkan. Bagaimana????????? Pernah satu masa kenanya agak teruk. Mengerang juga dalam kesakitan. Sedih tak terkata.......kalau hanya keperihan boleh dipindahkan kesaya ! Waktu itu juga kerja saya tidak teratur. Lepas subuh saya menghantarnya ke Jasin berubat cara Islam. Isteri sudah tidak mahu berubat dengan doktor . Naik hancur pergelangan tangan dengan suntikan. Lepas berubat saya hantarnya balik kerumah dan saya terus ketempat kerja. Memandangkan masuk kerja sebelah petang saya terpaksa lanjutkan masa kerja sampai kemalam menggantikan masa sebelah pagi. Balik lewat kerumah dan subuh  esoknya rutin yang sama buat beberapa ketika. Penat ? Pembaca sendiri tahu jawapannya ! Penat tolak tepi janji isteri tersayang sihat ! Sedih ? Allah saja yang maha mengetahui. Maklumlah isteri adalah kawan berkelahi, ketawa, bergurau dan segalanya ? Sebab itu orang Negeri Sembilan menggelarkan isteri atau suami sebagai 'kawan'.

Pagi subuh beberapa tahun lalu selepas mengharung duka yang panjang, sambil saya menggosok baju kerja bagi meringankan beban isteri berlaku satu perbualan yang menyebakkan hati.........................

Saya : Den mari kejap............dengan nada lembut dan sayu.
Isteri : Ya Di......
Saya : Hari ni Den hantar surat resign.
Isteri: Betul ke abang cakap ni..........
Saya : Ya.
Isteri: Macamana financial kita ? Kesian abang nanti !
Saya: Kalau Den sayang abang Den berhenti dan berehat dirumah dari kerap jatuh sakit.
Isteri: Cukup ke kita nanti ?
Saya: Allah tolong.
Isteri: Diam tanda setuju dan akur janji Allah.

Kami berdua begitu yakin dengan keputusan yang dibuat subuh tu.

Separuh pagi isteri talipon dari tempat kerja.

Isteri: Di , Den dah hantar surat resign. Kalau abang berubah fikiran Den boleh tarik balik ?
Saya: Tak usah. Betul dah ni.
Isteri: Boleh ke kita survive?
Saya: Allah ada. Janji Den sihat. Biar kita kurang semuanya asalkan we have each other and the kids.
Isteri: Thank you Di........nadanya yang bermaksud I love you so much.
(Nota: Bilamana saya marah atau serious automatik saya akan ber Bahasa Inggeris.

Dan hari ini...............isteri saya bertambah sihat, happy dan alhamdulillah kami mengharunginya dengan penuh tabah. Bohong cakap ianya mudah tapi ALHAMDULILLAH. Yang penting anak-anak gembira kerana maknya sentiasa bersama mereka. Makan, minum dan pakai terjaga. Berbanding dulu kami mempunyai dua amah serentak tapi sekarang lebih tenang walaupun tiada pembantu dan kurang kewangan. We have each other. Isteri pun bilamana terganggu sedikit kesihatan sayalah doktornya dengan berkat Al-Fatihah. Isteri saya sendiri mengatakan ubat penyakitnya hanya saya suaminya yang boleh mengubati. Alhamdulillah itulah yang berlaku. Bilamana sebelah kiri anggotanya berasa lemah dan ketat, dengan berkat Al-Fatihah saya akan mengurutnya dengan penuh doa supaya Allah benarkan kami ber'kawan' sehingga ke akhir hayat bersama. WANG bukan segalanya!!!!!!!!! Saya boleh mengatakannya kerana laluan hidup kami...................

Thank you Allah..............kerana memberi kehidupan biasa yang 'luarbiasa'..................kemewahan belum pasti menjanjikan senyuman terukir.............................................!

Renungan : Besar janjiNYA kepada kehidupan kami. Disampaikan setiap pertolongan tidak sesaat awal atau sesaat lewat TAPI tepat pada waktunya.

Comments

Popular Posts