Sahara Tent

Mukadimah
Aku tidak mempunyai banyak masa untuk menulis cuma sekali sekala membaca beberapa blog kegemaran dan share di dalam blog aku ni supaya dapat berkongsi sedikit rasa apa yang aku rasa..
Orang cakap menulis untuk blog ni boleh menjana pendapatan tetapi aku menulis ni sekadar mengasah ilmu penulisan, menajamkan pemikiran dan setidak-tidaknya menjadi bahan bacaan ketika aku sudah tiada nanti..

'Lunch' di Sahara Tent

Tinggal 5 hari jer lagi tirai 2012 akan berlabuh...sesuatu yang aku sangat berharap waktu itu tidak akan cepat  berlalu tetapi siapa kita untuk melawan kuasa Rabbul Izzati.

Terlalu sibuk sekarang ni disebabkan project yang aku handle ni akan tamat tempoh luput 9 January 2013 next year...rasa macam lama lagi padahal lagi 14 hari jer..

Hari ni sempat jugak menyusun bait dan baris ayat..belek photo-photo didalam lappy then terjumpa photo nih..photo lunch dengan Resident Engineer Mr Mohammed dan Project Manager Mr Zahid di Sahara Tent, Bukit Bintang baru baru ini.

Makanan disini mengingatkan aku sewaktu berkerja di Dubai dulu..ada roti, humus, mutabel dan lamb kabsa..ermmm sangat sedap terutama nasi kabsanya..tetapi yang membezakannya cuma portion makanan di Dubai agak banyak jika dibandingkan di sini..ye la sebab perut orang asia kecik2 belaka..

Anda harus pandai membezakan makanan makanan arab di Malaysia kerana terdapat beberapa perbezaan berdasarkan asal usul restoran tersebut..jika Hadramawt menyajikan makanan dari Yaman dan Saba dengan makanan dari Lebanon, Sahara Tent ini memberikan anda rasa asli makanan dari Iraq. Lunch hari tu dipenuhi dengan penerangan panjang lebar tentang makanan Iraqi daripada rakyat Iraq sendiri iaitu Mr Mohammed.

Mr Mohammed, Aku dan Mr Zahid 

Kabsa Lamb

Kebab

Makanan di depan muka aku!

Dolma dan Bathejan

Humus

Tu la rupa tent dia

susu masam a.k.a yogurt

Yang ni terbaik!..Arabian Tea

Manisan

Luar restoran
Kesimpulannya, sesiapa yang hendak rasa makanan asli orang Iraq datang lah ke restoran ni..lamb kabsa dia  sedap! dan so far terbaik yang pernah aku makan di sini...dan semestinya Motti Mahal di Satwa, UAE adalah paling terbaik dan tak pernah aku lupakan rasa nasi dan kambingnya.


Comments

Popular Posts