Kenal Diri by MII

Intro: Setelah memohon kebenaran daripada Prof. Madya Mohd Ishak Ibrahim (sekarang Dekan di sebuah IPTS), aku akan kongsi artikel-artikel yang dipetik dari blog beliau. Kupasan pengenalan mengenai Prof. Madya Mohd Ibrahim akan aku paparkan didalam artikel yang akan datang memadangkan bahan bahan untuk penulisan tersimpan di dalam external hardisk yg tidak dapat di ekses..menunggu cable yang dipinjam oleh seorang Hamba Allah dipulangkan kembali kepada aku.

Untuk kali ini, hayati dan renungkan serta ambillah iktibar walaupun sekadar sepatah perkataan...

Mohd Ishak Ibrahim & Nazri Sahak

Hati & Makan 

Kenal Diri

SOROTAN CERITA : Pandangan / pendapat setiap kita berbeza tentang makna kejayaan. Bagi saya sangat mudah.......'happy' dengan apa yang kita ada dan yang dah kita lakukan.

Alhamduillah sepertimana orang lain saya juga dapat belajar walaupun dari keluarga yang susah.....satu bebanan waktu itu tapi bersyukur semuanya sudah berlalu. Cuma mungkin sedikit baik rezeki yang di beriNYA kepada saya dimana saya dapat menyempurnakan pelajaran di Great Britain - 1985-1994. Jangkamasa yang sangat panjang dan banyak pergorbanan perlu dilakukan baik dipihak saya juga dipihak keluarga. Tak mudah tapi tak mustahil. Inilah janjiNYA........bila sampai yang Hak yang Batil akan binasa. Umpama rezeki makan kalau dah didalam mulut kalau bukan Hak terluah juga.

Kejayaan tidak hanya terletak pada 'Intelligent Quality' tapi berkait rapat dengan 'Emotional Quality'. Jaga emosi ??? ....terpulang pada pandangan individu. Tapi saya sangat berpegang kuat pada 'Emotional Quality' kerana ia mampu melonjakkan kejayaan seseorang diluar jangkaan........seperti yang saya kata tadi bila DIA izinkan maka JADILAH. Lihat sekeliling pasti kita nampak contoh-contoh jelas seseorang yang mungkin kurang 'Intelligent Quality' nya tapi sangat berjaya.................................

Pengalaman belajar dan kerja telah membolehkan saya melihat bumiNYA.....hanya dengan izinNYA. Negara ciptaanNYA yang saya lihat seperti Indonesia, Singapore, Thailand, Brunei,  Dhaka, New Delhi, Mumbai, Chennai, Karachi, Abu Dhabi, Dubai & UAE yang lain-lain, Riyadh, Jeddah, Makkah, Bahrain, Doha, Sudan, Granada, Cordoba, Seville, Barcelona, Dieppe, Belgium, Amsterdam, Venice, Vicenza, Verona, Moscow, Northern Ireland dan keseluruhan Great Britain...........alhamdulillah. Kalau mengharapkan kewangan sendiri mungkin tidak kesampaian tapi waktu sekolah saya selalu berangan untuk melihat bumiNYA.........angan-angan tu juga DOA agaknya............sampai juga dengan izinNYA. Cuaca, budaya dan masyarakat yang berbeza pada setiap negara ini. Alhamdulillah.

Dengan sedikit ilmu geografi di atas yang saya gabungkan dengan 'Emotional Quality' alhamdulillah dapat pula sekarang saya berkongsi ilmu dengan cara memberi motivasi di sekolah-sekolah, kolej-kolej dan universiti. Juga di beri peluang untuk menjadi pensyarah jemputan juga sebagai 'external examiner'..........alhamdulillah disusunNYA dengan baik............syukur.

Begitu sibuk dan keluarga terabai ??? Alhamdulillah tidak sehingga hari ini.......esok lusa tidak pasti. Saya akan cuba mencari masa untuk merapat saf bersama keluarga dan kebetulan saya suka memasak...........that's it!!!!!!!!!!!!!!! Makan dan ketawa bersama keluarga adalah satu kepuasan hidup.........penat???.... sudah pasti...... tapi tolak tepi 'as long happy'. Memasak juga menjadi terapi minda........cubalah!!! Kelebihan memasak ini juga anugerahNYA. Setiap kita diberi sesuatu yang 'special' sejak dalam rahim ibu............cari dan gunakan. InshAllah kita akan 'happy'. ' I am happy with myself and what I have experienced and will experience'. Alhamdulillah, MashAllah, SubhanAllah............hidup ini sangat singkat dimana setiap dugaan itu satu KEMEWAHAN bagi yang mengalaminya dan sangat cantik. Sedikit ilmu memasak untuk santapan keluarga ini juga inginkan saya kongsikan dengan semua..............biarpun ilmu kita hanya pandai mengasah pensil..............bagus kalau dikongsikan???

Yang mengizinkan hanya DIA,
Dengan Al- Fatihah kita mulakan,
Kita hanya bersiap sedia,
Pelihara HATI dan juga MAKAN.











Renungan : Tak dapat saya lakukan semuanya tanpa izinNYA. Mulakan dengan A--Fatihah inshAllah di permudahkan. Jaga HATI dan jaga punca MAKANAN. Perbuatan jadi tauladan.

Comments

Popular Posts