Hidup Ini Begitu Singkat by MII


Kalau Ikut An Maghah


Hidup Ini Begitu Singkat
Arwah Abah di tengah
SOROTAN CERITA: Kata arwah abah lembut masa saya bujang kecil'jang dah pukul 7 ni kau tak sekolah?' Ha apa lagi kelam kabut dan berketuntang bangun! Usah cakaplah macamana ributnya saya. Masalah timbul kerana saya tidak suka lewat dalam melakukan sesuatu. Pernah satu ketika saya tinggal di Taman Permata menyewa rumah pelakon Kaza dan berkerja di Taman Melawati jalan kaki lebih kurang tak sampai 10 minit samapi ofis tapi saya masuk ofis jam 7-7.30 pagi. Saya happy sampai awal sebabnya saya dapat membaca dulu sambil sarapan. Kalau tak membaca hari saya akan serba tak kena. Sampailah kehari ini.
Kalau ada kawan sepejabat nampak saya mesti tanya ‘Prof dah habis membaca? Boleh saya join? Tarbiahkan saya sedikit!’ Kalau saya belum habis membaca saya akan katakan belum dan begitu sebaliknya. Tetapi bagi yang belum mengenali saya kalau mereka berhajat nak duduk semeja, saya akan ketepikan bahan bacaan saya untuk tidak menidakkan kemesraan kawan-kawan. Pesan saya pada anak-anak cara kita bercakap penting walaupun kita sedang dalam marah. Contohnya malam tadi semasa menjamu anak-anak makan pizza sebab disebelah siang saya dah masakkan masak lemak udang + kacang panjang, Siakap Cili resepi www.ishakskitchen.com dan ayam goreng kunyit...MAK DARA makan masakan saya hari ini...rasa bangga bila SIFU makan masakan anak muridnya..............................
 
Sambung cerita di Pizza tadi customer disebelah mengamuk ordernya tak sampai. Saya perhatikan saja dan dalam masa yang sama saya tak salahkan customer tersebut. Tapi rasanya banyak lagi cara kita menegur dari meninggikan suara? Kami terus makan dan masa membayar yang diuruskan anak saya Nur Hannah Iman 13 tahun, dan selepas diserahkan resit rupa-rupanya sup 2 mangkuk tak dihidangkan.  Pesan saya pada NHIman ‘ pergi bagi tahu supervisor tu tapi cakap elok-elok’...Tak lama kemudian supervisor tu datang minta maaf berkali-kali dan kata saya tak mengapa tak ada masalah. Cuma saya minta dia membungkusnya supaya kami boleh bawa balik. Sekembalinya sebentar kemudian dengan bungkusan katanya ‘ En. saya minta maaf banyak-banyak dan saya bagi lagi extra 2 sup ini’ Jawab saya ringkas ‘tak apa dik dan terima kasih banyak-banyak’.
Dalam menuju kekereta saya berpesan pada anak-anak ‘ Na tengok tadi kakak tu mengaku silapnya dan kita tak marah pun dapat pulak 4 supnya. Murah rezeki kita kan? Bila kita jaga tutur kata dan tak mengaibkan orang lain murah rezeki. Macam tu juga dengan pelajaran kalau kita muliakan ibubapa, jaga perasaan ibubapa, dengar nasihat ibubapa inshAllah ilmu Allah SWT berebut-rebut nak bertuankan kita.
Berbalik dari cerita arwah abah tadi bila bangun kata saya ' Bah baghu puko limo' jawab arwah abah ' eloklah kito tunggu Suboh janganlah bia Suboh tunggu kito'. Begitu lembutnya dan mudahnya latihan yang diberi dan kalaupun ada perasaan marah sejuk rasanya. Begitulah arwah abah sangat mementingkan masa. Saya jadi begitu adalah kerana latihan yang diberi dalam diam. Seperti yang pernah saya cerita dalam naskah terdahulu saya dilatih ke masjid terlalu awal dan balik terlalu lewat setiap kali solat Jumaat. Latihan menghargai masa telah juga saya cuba tanamkan dalam diri kelima-lima anak-anak saya. Setakat hari ini alhamdulillah, esok lusa saya serahkan semula kepada Allah. InshAllah akhirannya baik. Bagi saya waktu rehat hanyalah waktu tidur. Bersebab juga adalahnya waktu malam.
Renungan : Tidurnya kita setiap malam atau siang bagi yang berkerja malam adalah mati sekejap. Memandangkan ini kita lakukan setiap hari hargailah masa jaga kita dan laku serta lunaskan tanggungjawab sebaik mungkin.

Comments

Popular Posts